Pada 1,2,3 Februari lepas, kami SL1M-TH telah adakan 'team building' di ECO DUSUN RESORT dekat Bentong, Pahang Darul Makmur. Program ini anjuran Jabatan Sumber Manusia Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Kualiti yang di ketuai Tuan Haji Zaini. Jumlah semua peserta 70 orang sahaja.
Banyak aktiviti yang kami lakukan termasuklah flying fox,rock climbing.berakit,sesi usrah,jungle trackking dan berenang. Objektif utamanya program ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama antara kami dan persediaan untuk projek CSR ke Terenggau Darul Iman Mac nanti. Insyaallah...
Comrades semua mesti tahu kalau aku sebut pasal Boboboy, Upin dan Ipin dan Bola Kampung. Tapi kalau aku sebut Usop Santorian, Anak-Anak Sidek, Sang Wira, Keluang Man mesti generasi sekarang tak tahu. Sesiapa yang membesar sama tahun dengan aku mesti tau la cerita kartun Malaysia ni. Dulu jam 7.30 malam konfem2 la remote TV tu aku yang pegang. Untuk mengimbau balik kenangan, sini aku bagi aku punya TOP 5 Kartun Malaysia dulu-dulu
Keluang Man
1st Keluang Man. Aku minat gila dengan superhero pertama Malaysia ni. Kisah die ni lebih kurang sorang yang gila berasal dari Tampoi nak jadi superhero. Asalnya guru silat dan mekanik, tapi last2 jadi gila sebab kena elektrik. Yang sebelah tu Tiong Man(Meon)
Usop Sontorian
Orang-orang Parit Sonto Johor mesti bangga. Ni antara kartun Malaysia yang bertahan lama. 6 sekawan Usop, Abu, Dol, Singh, Lim, Ravi. Cerita ni bagus untuk budak-budak tonton sebab banyak nilai moral dalam hidup masyarakat majmuk. Antara episode yang aku paling ingat masa raya yang dieorang ni main meriam buluh....
Waaaaaa, rasa dah lama xupdate blog ni since 4 Jnauari lepas kot. Biasala hidup dah ada komitmen kerja memang mcm tu. Tp aku bersyukur kerana sempat lagi untuk 'berjimba-jimba' dengan geng bakal exec muda Tabung Haji.
mali dah
Sabtu lepas kami g serang Sungai Gabai. Termasuk tu kali ketiga dah aku g Gabai. Memang tak berubah sangat tempat tu. Dari rumah kt Pandan Indah just around 30 to 45 minutes je. Alhamdulillah jalan x jem, lancar je perjalanan.
antara yang 1st basah
Sampai je kami terus daki ke atas (xkan ke bawah). Kat atas tu yang best sebab ada gelungsur original. Boleh wat slide kt ctu. Main2 air kami gerak balik dalam jam 1200. Best memang best. TQ guys sebab sporting!!
Doa. Siapa yang tak pernah berdoa? Doa adalah satu cara ringkas untuk kita meminta pertolongan daripada tuhan yang maha esa. Kita sebagai orang Islam percaya bahawa doa adalah salah satu cara kita berhubung dengan Allah s.w.t Tak kira la masa tu kita senang ka susah ka, doa adalah peneman hidup kita.
Baru-baru ini kita di Malaysia digemparkan tentang ribut Sonamu yang bakal membadai pantai timur Semenanjung Malaysia pada 7 sehingga 9 Januari 2013. Tapi alhamdulillah, amaran tersebut di tarik balik dan warga di pantai timur dapat menjalankan aktiviti harian mereka.
Warga Pantai Timur Menjalankan Aktiviti Seharian(gambar:my metro online)
Saya percaya, selepas sahaja berita amaran tersebut di keluarkan banyak umat-umat manusia berdoa kepada yang esa agar di elakkan segala mala petaka dan alhamdulillah berhasil. Doa yang dipanjatkan ke ilahi dengan hati yang jujur,tulus dan ikhlas insyaallah akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t
Dan berita yang saya dengar pagi tadi menyatakan Ribut Sonamu akan membadai pula ke Sarawak ibu pertiwiku yang diramalkan pada Jumaat 11 Januari 2013. Marilah kita berdoa kepada Allah s.w.t agar Negeri Sarawak terpelihara dari segala bahaya dan ancaman. Insyaallah.
Masa cuti rehat lepas,aku balik Sarawak. Balik sebab ada tahlil pak nek aku. Masa tahlil tu, aku berbual la dengan sorang anak buah aku. Namanya Hakim. Bukan main suka bertanya. Kadang-kadang benda yang die tanya tu buat aku menggunakan akal yang kreatif dan kritis ini untuk hadam apa yang die tnya. Malam tu die tnya :
Hakim : Uncle Faris, pondan ya apa owh?
Aku : Pondan ya nya lelaki tapi nya macam orang pompuan.
Hakim : Macam pompuan. Mcm ni ya owh?
Aku : Nya berias, jalan lembut, kelaka mcm sora pompuan kadang-kadang nya make rambut palsu.
Hakim : Hahaha, rambut palsu. Mun nya bagus mesti nya make tudung nak?
Dengar je jawapan tu, aku tersedak nasi yang aku makan tadi tu. Budak-budak punya lawak tahap psiko kot.hahaha
Alhamdulillah dah masuk tahun baru 2013. Semoga tahun ini akan memberikan aku banyak ilmu dan harap 2013,please be nice with me. Azam tahun ini adalah aku nak cari kerja yang betul-betul stabil untuk diri aku. Harap sukses dan tercapai la. Klo dah stabil aku akan belanja korang makan roti canai.haha.itu contoh.
Alhamdulillah jumpa lagi kita dalam bahagian kedua. Hari ni geng2 the HabuKZ akan ke Universitas Indonesia dan Taman Impian Jaya Ancol. UI disebelah pagi dan Ancol di belah petang nya.
Hari Kedua
Pengalaman pertama pagi di Indonesia,aku pagi tu awal2 dah subuh gajah. Mana xnya,jam 6 dah terang sangat. Pagi tu siap-siap sambil mengenakan pakaian formal kami. Dah settle semua, kami semua sarapan di cafe. Tidak banyak atau xda perubahan makanan antara Malaysia dan Indonesia klo ada pun nama je lain.
Dalam jam 0900,kami pun bertolak ke Universitas Indonesia (UI). Jaraknya tidak la jauh sangat dalam 1 jam perjalanan..Sampai ja kt UI,kami terus ke Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya sebab di fakulti ni, ada kos yang lebih kurang dengan kos kami. Kami disambut oleh staff dan pelajar dari fakultas tersebut..semuanya gantang2 siap berbaju batik Indonesia lagi. Sesi pagi tu kami mulakan dengan sesi dialog. Banyak jugak benda yang kami bincangkan..Selepas tu,kami melawat pula ke perpustakaan baru Universitas Indonesia. Sungguh cantik dan besar.. Menurut staff di situ, perpustakaan tersebut di buka kepada semua rakyat Indonesia kerana ia di bina menggunakan duit rakyat..sungguh terharu aku mendengarnya...Sana xpakai PC biasa, semua pakai Apple..canggih2..Kunjunagn kami ke UI di akhiri dengan makan siang..(makan tengahari)
Minat makan KFC? Mestila kan. Majoriti atau semua orang kt Malaysia ni suka makan kat fast food ni, termasuk aku. Sehingga sekarang, lebih 50000 kot outlet KFC ni. Sambil2 aku online, terjumpa la mcm menu KFC. Tp yg special, menu tu menu tahun 1984 dulu. Aku pun tak lahir lagi.
Kira banyak jugak la menu pada masa tu dan menu tu masih ada sampai sekarang contohnya snack plater,dinner plate,fries dan lain-lain g. Tapi yang agak janggal, masa ni KFC ada served jugak minuman keras...uihh,xcaye? caye la..bawah ni aku letak sekali menu tu ye...
Menu KFC 1984
Ok, dah caye kan..
Terima Kasih kerana membaca entry ini. Esok insyaallah "from Indonesia with love Part 2" akan publish..tata
21 Disember 2012. Ada apa dengan tarikh ni? Bagi aku ia hanya tarikh biasa dan akan berlalu macam hari-hari yang lain. Tetapi, bagi sesetengah pihak, tarikh ini adalah tarikh terakhir bagi peradaban manusia seluruh alam. Boleh caye ke?
Tak payah la aku letakkan link pasal 21 Disember ni, korang boleh 'search' sendiri kt mr.google tu. Berlambak termasukla dari pandangan dari bidang sains mahupun agama.
Tapi bagi aku, aku seorang muslim. Aku percaya dengan hari Kiamat. Kiamat itu pasti. Dan aku berpegang teguh kepada Rukun Iman dan Rukun Islam. Percaya kepada Allah S.W.T . Biarlah orang-orang di luar sana berkata tentang tarikh ini, tapi kita sebagai muslim hendaklah percaya kepada ketentuan ilahi.
Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu tentang bila datangnya Kiamat itu. Kita sebagai hambanya, hendaklah sentiasa bersedia dengan apa akan adanya. Marilah rakan-rakan ku kita teguhkan kembali keimanan kita dengan beribadah kepadanya dan kembali kepada ajaran agama. Tarikh Kiamat buarlah Allah S.W.T yang tahu..Apa yang penting kita membawa bekalan yang secukupnya untuk menempuh alam yang akan tiba nanti.
Terima Kasih kerana sudi membaca entry ini. Wassalam
Itulah ayat koman yang kami selalu guna. Segala masalah berkaitan dengan IT di Tabung Haji seluruh Malaysia akan dilaporkan di sini. Kira warga BSC ni beruntungla sebab dapat tau masalah2 ni..beruntung ke?hahaha.
Ok. BSC ni adalah salah satu cabang dalam Unit Service Delivery Management di dalam Jabatan Teknologi Maklumat Tabung Haji. Kami di ketuai oleh Tuan Haji Zaaba dan dibawah tu ada 5 staff termasuk aku..Haji Hadi, Hajah Teha, Haji Hazril, aku dan sorang yang baru Mahfudz.
Masalah-masalah yang glamour termasuklah PC Hang, Microsoft Outlook Offline,Password Error atau Expired dan banyak lagi sampai xleh nak senarai kat cni.haha. Selain tu jugak,kami jugak deal dengan vendor2 untuk projek di JTM..
Kalau korang pernah g Tabung Haji, perasan x TV yang tunjuk maklumat tu,yang ada bgtau angka gliliran sehinggala masa korang kt kaunter ada mesin pengimbas jari, itu jugak under seliaan kami. Dulu masa study aku kalo keluar duit kat Tabung Haju main keluar je, tak pernah kesah pun benda-benda tu semua..Kerja kat Tabung Haji ni baru la belajar balik apa benda-benda tu semua.
Sehingga entry ni di publish, dah 4 bulan aku di sini. Setakat ni alhamdulillah aku kerja dengan hati yang tenang dan syukur kerana environment kerja di sini best dan staff2 pun sporting..hihi
Mesti ramai terkejut kenapa tajuk entry kali ni macam tu. Sebenarnya hari ni aku plan nak ke area Sogo dan sekitar Jalan TAR dengan geng TH lain. Disebabkan masalah-masalah yang xdapat nak elak, terus aku join Kimi dan Bot g Bukit Jalil. Plan awal nak beli tiket je,tp dah tengok jersi hitam kuning dan biru merah rambang lak mata ni.
Last2,ktorang berabis dalam RM 60 sorang la..Memang mahal tp berbaloi kot. Puas ati. Buat pertama kalinya,aku ada baju nama aku sendiri..FARIS 17. No.17 sebab aku minat Azzamudin Akil...hahaha.boleh caye ke? 17 tu sebab aku minat Eden Hazard....mcm gay lak ayat. Kimi pakai nama KIMIE no.9 sebab die minat gile kt Mat Yo walaupun die tau Mat Yo dah kawen...hahaha dan Bot pakai nama CEMPAKA no.8. Aku xtau nape Cempaka. Mat Bunga jugak mamat ni..muka rock tapi dalam hati ada taman.
Dah2 siap makan semua,tiket dalam tangan baju dah ada ktorg balik la ke Pandan Indah....PUAS HATI!!
Answer To Non Muslim. Kalau dengar memang agak kasar bunyi nya. Tapi jangan salah anggap, entry ini tidak berniat dan tidak terlintas pun sedikit di akal yamg waras ini untuk membangkitkan semangat anti kepada agama lain.
Anwer To Non Muslim 'Common Question About Islam' adalah satu artikel yang di tulis oleh Dr.Zakir Abdul Karim Naik iaitu salah seorang 'speaker' Islam yang berasal dari India.
Artikel ini aku perolehi dari rakan aku, Muhammad Mahfudz. Sejujurnya aku tidak baca habis artikel yang berkaitan dengan persoalan tentang Islam ini kerana kekangan masa dan tugas. Bersama ini, aku 'attach' kan sekali artikel ini untuk rujukan para pembaca sekalian...
Tiba-tiba lak malam ni timbul mood jiwang. Xtau kenapa. Terjumpa lagu ni kt youtube. Mcm best je lirik nya..so aku share kan la kepada sapa2 yang xtau. Siap da Nora Danish gi..enjoy!!
Anuar Zain-Ajari Aku
Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu
Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Ajari aku tuk bisa mencintaimu
Pada Mei 2011 lepas,aku dan kawan sekelas aku berjaya wat lawatan ke Indonesia...target Jakarta dan Bandung. Aku ingat gi masa awal2 dlu masa plen bykla jugak suara2 sumbang yang kata mcm2 kat kami. Ada ckp mimpi je la, angan2 mat jenin dan yang kurang ajar ckp nanti matila korang di kokak org sana...Ish kurang ajar je ayat tu..tp alhamdulillah kami berjaya g dan selamat sampai dan pulang....
HARI PERTAMA
Perasaan aku hari tu bercampur-campur mcm rojak.....gembira,teruja,takut,cemas semua ada. Boleh pulak aku xtido malam tu sbb takut tertinggal flight..Biasala beb bkn sng nak p luar negara duit sendiri lak tu. Lepas subuh, aku dgn Shukri(owner blog secikiru) dah tercegat kt pondok pengawal kolej..tunggu member2 lain.mmg la ngantok tp semangat nye pasal....dlm jam 0600 ktorg pun gerak ke LCCT.
Muka2 excitet nak g tu. Tgk dodo
Sampai LCCT terus g breakfast dlu kt McD. Semua makan mcm kt Indonesia xda Mc D tu..haha. It ok guys...tp trip pagi ini tanpa One, Melissa dan Nuril. Dieorg flight petang sbb still ada final paper. Lupa lak, pensyarah pengiring kami Puan Diana or Pn.D kami gelar. Die la yg akan jadi mak,ayah,akak dan abg kami kt sana.
muka lega lps breakfast.Pn D yg kt tgh tu.
Lepas je sarapan kami terus wat2 kerja check in..Alhamdulillah semua lepas dan tidak dilebel sebagai pengganas dan pembawa H1N1..haha. Masukla kami kt balai berlepas..Kt ctu semua dok pakat kol mak bapak,bg,gf,atok,nenek dan mcm2 g. Dieorg ni mcm g haji lak..termasukla aku.anak soleh kan...kwang3
syah,nad,shuk xsabar tu
beratur-beratur
pakai riben hijau je tanda
kami ready utk terbang
masa ni la bizi bgtau nak p endon..
Dalam flight ingat dieorg ni tdo..rupanya meleset aku nye anggapan. Semua celik ja mata..Berbual dr mula2 naik sampai la landing di LAPANGAN TERBANG SEOKARNO HATTA di Jakarta. Sampai sana kami di sambut oleh Pak Harry, agen kami di Indonesia. Untuk makluman, Indonesia lewat satu jam dari kita di Malaysia. Waktu Malaysia kami tiba jam 12 tp di sana masih jam 11...cepat2 tukar jam kt jam tu..haha.mcm salah ja ayat aku tu.
Alhamdulillah Malaysia layak ke semi final..Malaysia mng 2-0 lawan geng2 Garuda..klo pikir logik mana mungkin garuda boleh baham harimau.haha
Tq kt abg alex dan mahali sbb jaring gol dan player lain jugak...harap safee sali dgn mat yo blh la skor lepas ni...Semi final kita akan jumpa geng2 gajah putih 'THAILAND'
Pak Nek atau Tuan Haji Bujang Bin Mohammad telah kembali ke rahmatullah pada 6 September 2012 di Hospital Umum Sarawak, Kuching. Paling sedih masa tu aku menjalani Induksi Tabung Haji di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya dan aku tak sempat untuk balik ke Sarawak. Hanya al fatihah dan yassin yang dapat aku kirimkan...
Aku ingat lagi,masa tu ktorg ada explore race dan aku hanya cekalkan hati lontarkan senyuman kt kawan2 agar dieorg xdapat detect masalah aku. Beban masa tu hanya tuhan saja yg tau..Bg aku Pak Nek adalah idola sbb die mahir dalam pelbagai bidang. Management, cikgu ngaji al-quran, berzanji, ilmu agama, main alat muzik, sehinggala mahir dalam kerja2 mekanik kereta. Mana nak cari org mcm tu. Cukup sempurna dalam pelbagai bidang. Hasilnya anak2,cucu2 nya alhamdulillah semua jadi orang berguna dan mintak2la kekal selamanya begitu.
Aku bersyukur kerana sebelum aku berangkat ke tanah semenanjung, aku sempat meminta maaf kepadanya dan pergi dengan hati yang tenang..Dalam hati ku masa tu pernah terdetik, jikalau ditakdirkan Pak Nek pergi semasa aku tiada di sisi, aku redha seadanya kehendak ilahi...
Pada 13 Disember 2012 depan,aku akan pulang ke Sri Aman di mana Pak Nek aku dikebumikan dan akan bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain untuk majlis tahlil semperna 100 hari pemergiannya..Insyaallah.
Kali tok kamek make bahasa sarawak la owh. Harap geng2 malaysia barat faham lah owh. Kali tok kamek mok cerita pasal tempat asal kmk. Bandar Sri Aman tok xla besar gilak. Nya 200km dr Bandaraya Kuching. Boleh ke ctok make bas or kereta. Jalan kaki pun boleh. Xda org mok melarang.
Sri Aman majoriti nya orang iban tp ada juak la melayu, cina event india pun ada. India ya kmk refer tu kedai2 mamak la.hihi. Xboh la kmk cerita gilak pasal latar belakang Sri Aman tok ktk org boleh search dalam internet..
Kmk asal dari kampung hulu. Jangan salah anggap, nama jak hulu, tp nya xla hulu gilak. Di Sarawak utk maklumat geng2 semenanjung, kt cni nama kampung yang glemer Kampung Hulu, Tengah dan Hilir...(yah,kaka malaya indah)..haha.
Event yang paling berkait dgn Bandar Sri Aman adalah "Pesta Benak". Klo org semenanjung benak ni bongok atau bodoh.. tp benak tok adalah ombak laut yang masuk ke muara sungai yang cetek dan membentuk satu gelombang..tok nya video pasal benak ya....dasyat x?
Pesta Benak tok biasa nya akan di polah antara bulan mei dan julai sbb masa tok ombak tinggi..Ada hari ya kmk pernah diat nya sampe tinggi 10 meter..
So yalah serba sedikit pasal Sri Aman..dibah tok kmk beri gmbr2 yang best k diat ktkorg...
tok gmbr keseluruhan Sri Aman.
mercu tanda burung merpati tanda keamanan
Sri Aman New Waterfront
Kubu Alice
tok stesen bas lamak marek (1963)
inilah Sri Aman 1963..,
Apa-apa pun org madah pasal sri aman tok, bandar mati la..bandar anak titi la, tempat jin bertendang la tp xdahal kmk bangga dengan sri aman..ada ku kesah?hahaha
Huhuhu.....
Kaki aku sakit lagi kali ni kaki kanan lak..baru je kaki kiri ni elok dari terpeleot 2 bulan lepas. Kali ni kaki kanan lak....Kaki kembang ni sebab nya aku EL hari ni.
Kena malam td masa main futsal dgn geng2 Tabung Haji kt Sport Planet Ampang. Masa giat jadi keeper berlaga lak dgn BOT..Bot tu bkn bot tapi member aku dr Jabatan Audit Dalam. xda salah sapa2 biasala permainan berlaga mcm ni mst ada risiko...
Nak je upload gmbr kaki ni tp org ckp rahsia lelaki byk di kaki so aku xleh nak upload gmbr kaki..haha
so aku upload la kasut yang aku pakai mlm td..boleh kAN?adidas F50
Sekarang ni aku kena rehat selama 2 minggu dan xleh nak gerak sangat..huhu
Doakan sy cepat sembuh geng!!
Pasti adik2 kt luar tu dah tau kan result UPSR masing-masing. Amacam?byk mcm? kepada yang gempak result mcm astro gempak tu tahniahla yee dan kepada yang biasa2 ja tu elek la..chill.UPSR je kot. aku dlu pun xla gempak UPSR, tp still boleh masuk U..eh panjang lak mukaddimah ni..hihi
Ok...bercakap pasal haluan selepas ni iaitu sekolah menengah. Mesti ramai yang dan semua aku rs yang nak ke sekolah menengah. So aku nak nk kongsila untuk semua terutamanya adik2 yg nak ke smk ni...
Di Malaysia, kita boleh dapat tgk byk jenis sekolah menengah. tp aku nak kongsi SMK yang glemer je...mcm SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN, SEKOLAH MENENGAH SAINS, MAKTAB RENDAH SAINS MARA dan SEKOLAH MENENGAH AGAMA...
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
sekolah menengah ni paling glamer sebab semua orang boleh masuk pandai,kurang pandai, muslim, non-muslim, kaya, kurang kaya dan byk g.
boleh pilih subjek apa yang nak belajar selain subjek teras (BM,BI,MATH,SEJARAH,AGAMA ISLAM/PENDIDIKAN MORAL,SAINS) tp ni utk lepas PMR nanti
byk kawan dari pelbagai latarbelakang
mana2 da. bandar dan luar bandar.
yuran murah
2. SEKOLAH MENENGAH SAINS
kt cni mmg sedia maklum student yang power2 result UPSR je boleh masuk.
sekolah ni di kategori dlm sekolah berasrama penuh.
di cni persaingan sangat tinggi antara student..
tp still lagi mengikut sukatan pembelajaran malaysia.
pembelajarannye akan lebih ke arah keagamaan seperti ilmu bahasa arab, syariah islamiah, al quran as sunnah.ini utk level yang bru masuk sekolah menengah
yurannye lebih kurang dengan sekolah kebangsaan biasa.
Walau apa pun dalam entry ni, yang penting dalam diri kita sendiri..klo rajin kita, insyaallah berjaya. sekolah la kt mana pun klo kita sendiri xnak sukses,xleh jalan gak..