Translate

Thursday, November 22, 2012

Haluan Selepas UPSR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pasti adik2 kt luar tu dah tau kan result UPSR masing-masing. Amacam?byk mcm? kepada yang gempak result mcm astro gempak tu tahniahla yee dan kepada yang biasa2 ja tu elek la..chill.UPSR je kot. aku dlu pun xla gempak UPSR, tp still boleh masuk U..eh panjang lak mukaddimah ni..hihi

Ok...bercakap pasal haluan selepas ni iaitu sekolah menengah. Mesti ramai yang dan semua aku rs yang nak ke sekolah menengah. So aku nak nk kongsila untuk semua terutamanya adik2 yg nak ke smk ni...

Di Malaysia, kita boleh dapat tgk byk jenis sekolah menengah. tp aku nak kongsi SMK yang glemer je...mcm SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN, SEKOLAH MENENGAH SAINS, MAKTAB RENDAH SAINS MARA dan SEKOLAH MENENGAH AGAMA...  
  1. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
  • sekolah menengah ni paling glamer sebab semua orang boleh masuk pandai,kurang pandai, muslim, non-muslim, kaya, kurang kaya dan byk g.
  • boleh pilih subjek apa yang nak belajar selain subjek teras (BM,BI,MATH,SEJARAH,AGAMA ISLAM/PENDIDIKAN MORAL,SAINS) tp ni utk lepas PMR nanti
  • byk kawan dari pelbagai latarbelakang
  • mana2 da. bandar dan luar bandar.
  • yuran murah
    2.   SEKOLAH MENENGAH SAINS
  • kt cni mmg sedia maklum student yang power2 result UPSR je boleh masuk.
  • sekolah ni di kategori dlm sekolah berasrama penuh.
  • di cni persaingan sangat tinggi antara student..
  • tp still lagi mengikut sukatan pembelajaran malaysia.
  • antara SMS yang paling berjaya mengikut result SPM 2011 seperti SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU MUNAWIR, SM SAINS REMBAU, dan SM SAINS ALAM SHAH.(sumber : http://www.melvister.com/2012/03/senarai-ranking-sekolah-berasrama-penuh-terbaik-sbp-2012.html )
    3.   MAKTAB RENDAH SAINS MARA
  • MRSM tiada beza sangat dengan SMS.
  • Yang mungkin beza ckit cni bilangan non bumi ada ckit kurang. (MARA kan)
  • Sebut saja MARA..semua orang kenal..ada peruntukan atau biasiswa dari MARA.
  • Terdapat kt kawasan bandar sahaja.
  • Persekitaran belajar yang baik.
  • antara MRSM terbaik seperti MRSM Gapar Baba, MRSM Taiping, dan MRSM Pengkalan Chepa.(sumber : http://www.2dayblogger.com/blog/senarai-mrsm-terbaik-spm-2011/ )
    4.    SEKOLAH MENENGAH AGAMA
  • konfem2 la untuk student yang beragama ISLAM.
  • pembelajarannye akan lebih ke arah keagamaan seperti ilmu bahasa arab, syariah islamiah, al quran as sunnah.ini utk level yang bru masuk sekolah menengah
  • yurannye lebih kurang dengan sekolah kebangsaan biasa.
  • antara SMKA terbaik di Malaysia seperti Kolej Sultan Azlan Shah, SMKS Sheikh Abd Malek, SMKS Mahad Amidah (sumber : http://www.tutor.com.my/tutor/pilihsekolah/senaraiagama.htm )
Walau apa pun dalam entry ni, yang penting dalam diri kita sendiri..klo rajin kita, insyaallah berjaya. sekolah la kt mana pun klo kita sendiri xnak sukses,xleh jalan gak..

harap dapat membantu..!!

No comments:

Post a Comment