Translate

Saturday, December 1, 2012

Pak Nek in Memory(1931-2012)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pak Nek atau Tuan Haji Bujang Bin Mohammad telah kembali ke rahmatullah pada 6 September 2012 di Hospital Umum Sarawak, Kuching. Paling sedih masa tu aku menjalani Induksi Tabung Haji di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya dan aku tak sempat untuk balik ke Sarawak. Hanya al fatihah dan yassin yang dapat aku kirimkan...

Aku ingat lagi,masa tu ktorg ada explore race dan aku hanya cekalkan hati lontarkan senyuman kt kawan2 agar dieorg xdapat detect masalah aku. Beban masa tu hanya tuhan saja yg tau..Bg aku Pak Nek adalah idola sbb die mahir dalam pelbagai bidang. Management, cikgu ngaji al-quran, berzanji, ilmu agama, main alat muzik, sehinggala mahir dalam kerja2 mekanik kereta. Mana nak cari org mcm tu. Cukup sempurna dalam pelbagai bidang. Hasilnya anak2,cucu2 nya alhamdulillah semua jadi orang berguna dan mintak2la kekal selamanya begitu.

Aku bersyukur kerana sebelum aku berangkat ke tanah semenanjung, aku sempat meminta maaf kepadanya dan pergi dengan hati yang tenang..Dalam hati ku masa tu pernah terdetik, jikalau ditakdirkan Pak Nek pergi semasa aku tiada di sisi, aku redha seadanya kehendak ilahi...

Pada 13 Disember 2012 depan,aku akan pulang ke Sri Aman di mana Pak Nek aku dikebumikan dan akan bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain untuk majlis tahlil semperna 100 hari pemergiannya..Insyaallah.

Pak Nek masa muda..steady!!
2012


kenangan raya Pak Nek & Mak Nek

AL-FATIHAH

terima kasih

2 comments: