Translate

Thursday, December 20, 2012

21 Disember 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

21 Disember 2012. Ada apa dengan tarikh ni? Bagi aku ia hanya tarikh biasa dan akan berlalu macam hari-hari yang lain. Tetapi, bagi sesetengah pihak, tarikh ini adalah tarikh terakhir bagi peradaban manusia seluruh alam. Boleh caye ke?

Tak payah la aku letakkan link pasal 21 Disember ni, korang boleh 'search' sendiri kt mr.google tu. Berlambak termasukla dari pandangan dari bidang sains mahupun agama. 

Tapi bagi aku, aku seorang muslim. Aku percaya dengan hari Kiamat. Kiamat itu pasti. Dan aku berpegang teguh kepada Rukun Iman dan Rukun Islam. Percaya kepada Allah S.W.T . Biarlah orang-orang di luar sana berkata tentang tarikh ini, tapi kita sebagai muslim hendaklah percaya kepada ketentuan ilahi. 

Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu tentang bila datangnya Kiamat itu. Kita sebagai hambanya, hendaklah sentiasa bersedia dengan apa akan adanya. Marilah rakan-rakan ku kita teguhkan kembali keimanan kita dengan beribadah kepadanya dan kembali kepada ajaran agama. Tarikh Kiamat buarlah Allah S.W.T yang tahu..Apa yang penting kita membawa bekalan yang secukupnya untuk menempuh alam yang akan tiba nanti.

Terima Kasih kerana sudi membaca entry ini. Wassalam 


No comments:

Post a Comment