Doa. Siapa yang tak pernah berdoa? Doa adalah satu cara ringkas untuk kita meminta pertolongan daripada tuhan yang maha esa. Kita sebagai orang Islam percaya bahawa doa adalah salah satu cara kita berhubung dengan Allah s.w.t Tak kira la masa tu kita senang ka susah ka, doa adalah peneman hidup kita.
Baru-baru ini kita di Malaysia digemparkan tentang ribut Sonamu yang bakal membadai pantai timur Semenanjung Malaysia pada 7 sehingga 9 Januari 2013. Tapi alhamdulillah, amaran tersebut di tarik balik dan warga di pantai timur dapat menjalankan aktiviti harian mereka.
Warga Pantai Timur Menjalankan Aktiviti Seharian(gambar:my metro online) |
Saya percaya, selepas sahaja berita amaran tersebut di keluarkan banyak umat-umat manusia berdoa kepada yang esa agar di elakkan segala mala petaka dan alhamdulillah berhasil. Doa yang dipanjatkan ke ilahi dengan hati yang jujur,tulus dan ikhlas insyaallah akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t
Dan berita yang saya dengar pagi tadi menyatakan Ribut Sonamu akan membadai pula ke Sarawak ibu pertiwiku yang diramalkan pada Jumaat 11 Januari 2013. Marilah kita berdoa kepada Allah s.w.t agar Negeri Sarawak terpelihara dari segala bahaya dan ancaman. Insyaallah.
Terima kasih kerana membaca 'entry ini.tata
No comments:
Post a Comment