Translate

Wednesday, January 9, 2013

Kuasa Sebuah Doa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Doa. Siapa yang tak pernah berdoa? Doa adalah satu cara ringkas untuk kita meminta pertolongan daripada tuhan yang maha esa. Kita sebagai orang Islam percaya bahawa doa adalah salah satu cara kita berhubung dengan Allah s.w.t Tak kira la masa tu kita senang ka susah ka, doa adalah peneman hidup kita.

Baru-baru ini kita di Malaysia digemparkan tentang ribut Sonamu yang bakal membadai pantai timur Semenanjung Malaysia pada 7 sehingga 9 Januari 2013. Tapi alhamdulillah, amaran tersebut di tarik balik dan warga di pantai timur dapat menjalankan aktiviti harian mereka.

Warga Pantai Timur Menjalankan Aktiviti Seharian(gambar:my metro online)
Saya percaya, selepas sahaja berita amaran tersebut di keluarkan banyak umat-umat manusia berdoa kepada yang esa agar di elakkan segala mala petaka dan alhamdulillah berhasil. Doa yang dipanjatkan ke ilahi dengan hati yang jujur,tulus dan ikhlas insyaallah akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t

Dan berita yang saya dengar pagi tadi menyatakan Ribut Sonamu akan membadai pula ke Sarawak ibu pertiwiku yang diramalkan pada Jumaat 11 Januari 2013. Marilah kita berdoa kepada Allah s.w.t agar Negeri Sarawak terpelihara dari segala bahaya dan ancaman. Insyaallah.

Terima kasih kerana membaca 'entry ini.tata

Wednesday, January 2, 2013

Pondan 'Solehah'

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Masa cuti rehat lepas,aku balik Sarawak. Balik sebab ada tahlil pak nek aku. Masa tahlil tu, aku berbual la dengan sorang anak buah aku. Namanya Hakim. Bukan main suka bertanya. Kadang-kadang benda yang die tanya tu buat aku menggunakan akal yang kreatif dan kritis ini untuk hadam apa yang die tnya. Malam tu die tnya :

Hakim : Uncle Faris, pondan ya apa owh?

Aku : Pondan ya nya lelaki tapi nya macam orang pompuan.

Hakim : Macam pompuan. Mcm ni ya owh?

Aku : Nya berias, jalan lembut, kelaka mcm sora pompuan kadang-kadang nya make rambut palsu.

Hakim : Hahaha, rambut palsu. Mun nya bagus mesti nya make tudung nak?

Dengar je jawapan tu, aku tersedak nasi yang aku makan tadi tu. Budak-budak punya lawak tahap psiko kot.hahaha
Hakim!


Tuesday, January 1, 2013

2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah dah masuk tahun baru 2013. Semoga tahun ini akan memberikan aku banyak ilmu dan harap 2013,please be nice with me. Azam tahun ini adalah aku nak cari kerja yang betul-betul stabil untuk diri aku. Harap sukses dan tercapai la. Klo dah stabil aku akan belanja korang makan roti canai.haha.itu contoh.

orait, itu je.tata.......