Translate

Tuesday, February 5, 2013

Team Building SL1M-TH 2012/2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada 1,2,3 Februari lepas, kami SL1M-TH telah adakan 'team building' di ECO DUSUN RESORT dekat Bentong, Pahang Darul Makmur. Program ini anjuran Jabatan Sumber Manusia Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Kualiti yang di ketuai Tuan Haji Zaini. Jumlah semua peserta 70 orang sahaja.

Banyak aktiviti yang kami lakukan termasuklah flying fox,rock climbing.berakit,sesi usrah,jungle trackking dan berenang. Objektif utamanya program ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama antara kami dan persediaan untuk projek CSR ke Terenggau Darul Iman Mac nanti. Insyaallah...

Hari Pertama


Tuesday, January 22, 2013

Kartun Malaysia Dulu-Dulu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Comrades semua mesti tahu kalau aku sebut pasal Boboboy, Upin dan Ipin dan Bola Kampung. Tapi kalau aku sebut Usop Santorian, Anak-Anak Sidek, Sang Wira, Keluang Man mesti generasi sekarang tak tahu. Sesiapa yang membesar sama tahun dengan aku mesti tau la cerita kartun Malaysia ni. Dulu jam 7.30 malam konfem2 la remote TV tu aku yang pegang. Untuk mengimbau balik kenangan, sini aku bagi aku punya TOP 5 Kartun Malaysia dulu-dulu

Keluang Man

 1st Keluang Man. Aku minat gila dengan superhero pertama Malaysia ni. Kisah die ni  lebih kurang sorang yang gila berasal dari Tampoi nak jadi superhero. Asalnya guru silat dan mekanik, tapi last2 jadi gila sebab kena elektrik. Yang sebelah tu Tiong Man(Meon)

Usop Sontorian


Orang-orang Parit Sonto Johor mesti bangga. Ni antara kartun Malaysia yang bertahan lama. 6 sekawan Usop, Abu, Dol, Singh, Lim, Ravi. Cerita ni bagus untuk budak-budak tonton sebab banyak nilai moral dalam hidup masyarakat majmuk. Antara episode yang aku paling ingat masa raya yang dieorang ni main meriam buluh....

Sungai Gabai

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Waaaaaa, rasa dah lama xupdate blog ni since 4 Jnauari lepas kot. Biasala hidup dah ada komitmen kerja memang mcm tu. Tp aku bersyukur kerana sempat lagi untuk 'berjimba-jimba' dengan geng bakal exec muda Tabung Haji.
mali dah


Sabtu lepas kami g serang Sungai Gabai. Termasuk tu kali ketiga dah aku g Gabai. Memang tak berubah sangat tempat tu. Dari rumah kt Pandan Indah just around 30 to 45 minutes je. Alhamdulillah jalan x jem, lancar je perjalanan.
antara yang 1st basah


Sampai je kami terus daki ke atas (xkan ke bawah). Kat atas tu yang best sebab ada gelungsur original. Boleh wat slide kt ctu. Main2 air kami gerak balik dalam jam 1200. Best memang best. TQ guys sebab sporting!!
'jr exec'